Suatu hari satu
pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua
belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba
saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas
masing-masing.
Di sana Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang
pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih
terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum
dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan
musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan
keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka.