Luka pedih umat yang kebas. Umat menderita kerana hilangnya tonggak penyatu kerajaan, wakil kesatuan kekuatan. Malang itu bertimpa-timpa dan luka itu semakin parah. Bukan sahaja tidak diubati malah makin melebar. Bertambah pedih hakikat apabila luka pedih itu terasa kebas oleh ummatal Quran, umat Islam yang tidak terasa apa-apa apabila mercu lambang Islam itu ranap dimamah musuh-musuh Islam, tidak kira Yahudi mahupun munafik. Luka itu terasa lagi kebasnya apabila tubuh itu diratah tapi tuannya masih lagi bergembira! Luka itu dibadan yang disuntik pelali hedonisme dan kejahilan, racun syirik dan taklid, sedangkan penawar ada di rak-rak rumah. Ayuh bangkitlah umatku! Masukkan perhiasan ayat-ayat itu dalam jiwamu!
3 Mac 1924 – Khilafah dihancurkan 3 Mac 2000 -76
tahun umat Islam menderita kerana tiada Khilafah Pada 3 Mac (Maret) 1924
Khilafah (sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi telah dihapuskan oleh
Mustafa Kamal Ataturk di Turki. Mustafa Kamal, agen Britain, telah bertindak
menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan (instruksi) yang telah diberikan
oleh negara-negara Barat kepadanya. Khilafah inilah yang telah menyatukan umat
Islam seluruh dunia dari berbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam
sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang.
