Yahudi
juga meminta bantuan Britain untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Setelah Abdul Hamid II digulingkan pada 13
Mac 1909 maka perjalanan memudahkan
penubuhan negara Yahudi di Palestin bermula apatah lagi dengan adanya revolusi
Arab yang menentang Othmaniah pada 10 Jun 1916. Pada 2 November 1917 Arthur J
Balfour, Menteri Luar Britain dengan persetujuan Presiden Amerika Syarikat
ketika itu, Wilson menjanjikan kepada bangsa Yahudi tanah Palestin sebagai
negara mereka kelak. Pada tahun 1917 itu juga, Britain berperang dengan
Khilafah Uthmaniyah untuk merampas wilayah Gaza di Palestin.
Janji
Balfor di atas selari dengan kenyataan pemimpin komunis Rusia, Lenin, sebulan
sebelumnya (minggu pertama Oktober) iaitu ketika dia berhasil meruntuhkan
(pemerintah) kekaisaran Russia ketika dia berkata: “Wahai Yahudi, sesungguhnya
kemenangan kita sudah semakin hampir. Pada hari ini kita telah memegang
kekuasaan dunia dengan menguasai Russia. Sebelum ini, Russia adalah tuan kami
dan sekarang mereka menjadi hamba kami.” (Dr Abdullah Azzam, Hamas, 14). Maka
bermulalah penghijrahan Yahudi ke Palestin dengan pelbagai kemudahan yang
disediakan Eropah, Russia dan Amerika.
Britain
dan Perancis sejak lama lagi mahu menghancurkan Daulah Islam Uthmaniah, tetapi
istilah ‘Jihad’ masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh Eropah
menggeletar. Eropah masih gerun terhadap ‘Orang Sakit Eropah’ (Daulah Islam
Uthmaniah). Contohnya, Perancis pernah merancang mengadakan pementasan drama
teater yang diambil dari hasil karya Voltaire (seorang pemikir Eropah) yang
menghina Rasulullah SAW. Drama itu bertajuk “Muhammad atau Kefanatikan” dan
disamping mencaci Rasulullah SAW, ia juga menghina Zaid dan Zainab. Sebaik
sahaja mengetahui berita pementasan itu, Abdul Hamid memberi amaran kepada
pemerintah Perancis melalui dutanya di Paris supaya memberhentikan pementasan
drama itu dan mengingatkan akan kesan politik yang bakal dihadapi oleh Perancis
jika ia meneruskan pementasan itu. Perancis dengan serta merta membatalkannya.
Kumpulan teater itu datang ke England untuk merancang melakukan pementasan yang
serupa dan sekali lagi Abdul Hamid memberi amaran kepada England. England
menolak amaran itu dengan alasan tiket-tiket telah pun dijual dan pembatalan
drama itu adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) rakyatnya.
Perwakilan Uthmaniyah di England mengatakan kepada England bahawa walau pun
Perancis mengamalkan ‘kebebasan’ tetapi mereka telah mengharamkan pementasan
drama itu. England juga menegaskan bahawa kebebasan yang dinikmati oleh
rakyatnya adalah jauh lebih baik dari apa yang dinikmati oleh Perancis. Setelah
mendengar jawapan itu, Abdul Hamid sekali lagi memberi amaran, ” Saya akan
mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England
sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya akan isytiharkan Jihad
al-Akbar (Jihad yang besar).”
Britain
dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan “kebebasan bersuara”
(freedom of speech) dan pementasan drama itu dibatalkan. Walau pun Khilafah
Usmaniyah berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati di arena
antarabangsa dan perkataan “jihad” menggerunkan kuasa-kuasa besar Barat. Abdul
Hamid masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan umat Islam dalam
urusan global. (Buletin Khilafah, Edisi 15, 23 Jun 1989, England & Ar-Raya,
Jilid 3, Isu 4, Zul Qada’a April 1994). Kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri
oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan,
” Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan
beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang
paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan
dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun.”
Kaiser
Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898. Seorang penulis
Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana
sultan mempunyai ‘peculiarly electric quality’ disebabkan daya tarikan
(magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316,
Constantinople)
Walaupun
Turki pada masa sedang tenat, tetapi kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri oleh
pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan, ”
Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan beta
mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang paling
kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan dengan
Abdul Hamid, beta merasa gerun.” Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul
Hameed dalam tahun 1898.
Seorang
penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai
‘peculiarly electric quality’ disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang
berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316, Constantinople)
Walau
bagaimana pun atas pengaruh Yahudi, Britain berusaha untuk mengadakan persidangan
untuk menyiasat masalah rantau Balkan, Khilafah Uthmaniyah dan
reformasi-reformasi dalam Khilafah. Pada 13 Jun 1878, persidangan Berlin
diadakan yang diaturkan oleh kuasa-kuasa besar iaitu Britain, Perancis, Rusia
dan Jerman. Disraeli (bangsa Yahudi) adalah Perdana Menteri Britain pada masa
itu dan dia mewakili Britain di persidangan itu. Bismark mewakili Jerman dan
menyokong Khilafah Uthmaniyah dengan menentang Britain di sepanjang
persidangan. Persidangan itu berjalan selama 4 minggu dan di akhir persidangan,
beberapa resolusi dibentangkan dan di antaranya adalah mendesak Khilafah
Uthmaniyah untuk memperkenalkan reformasi-reformasi ‘moden’ ke atas sistemnya
tetapi Sultan Abdul Hameed menolaknya dan menumpukan usahanya terhadap
memperkukuhkan tenteranya untuk menghadapi Barat.
Beliau
mengenepikan mereka yang melaungkan pergantungan terhadap negara-negara Barat
dan yang melaungkan supaya diketepikan Islam dan dilaksanakan sistem Barat.
Maka, golongan sekular terpaksa meninggalkan Khilafah dan mewujudkan markaz
mereka di Paris, Perancis dan Geneva, Switzerland.
Negara-negara
Barat juga telah mengapikan dan membantu perjuangan penduduk Kristian di rantau
Balkan supaya ‘memerdekakan’ diri mereka dari Khilafah dan ini sudah tentu
menggugat kesatuan Khilafah. Gerila-gerila yang memberontak terhadap Khilafah
melancarkan taktif serangan provokatif terhadap penduduk Islam yang sengaja
bertujuan untuk membuatkan Khilafah bertindak untuk mengekang
pemberontak-pemberontak tersebut dan ini digunakan oleh negara-negara Barat
untuk campur tangan.
Banyak
bukti boleh dibentangkan untuk membuktikan campurtangan barat dalam mengapikan
pemberontakan. Contohnya sebuah surat dari Dr. Hamlin, pengasas dan Presiden
pertama Kolej Robert di Istanbul. Surat bertarikh 23 Disember 1893 dan
diterbitkan dalam buletin ‘The Congregationalist of Boston (Amerika)’ menyebut
: ” Seorang bangsa Armenia yang amat pintar dan fasih dan cekap berbahasa
Inggeris sama seperti kebolehannya berbahasa Armenia. Beliau yang merupakan
seorang yang kuat mempertahankan revolusi, memberi jaminan kepada saya bahawa
mereka mempunyai harapan yang tinggi untuk mempersiapkan peluang bagi Rusia
untuk memasuki Asia Kecil (Asia Minor) dan merampas rantau itu. Dalam jawapan
balasnya kepada pertanyaan bagaimana perkara (campurtangan Rusia) boleh
dilakukan, beliau berkata: ” Golongan Hintchakist yang telah diatur di kesemua
bahagian Khilafah Uthmaniyah akan menunggu peluang untuk membunuh orang-orang
Turki dan Kurd serta membakar perkampungan mereka.
Seterusnya
mereka akan berlindung di pergunungan. Kemudian orang-orang Islam yang marah
(dengan perbuatan tersebut) akan bangkit dan bertindak balas terhadap
orang-orang Armenia yang tidak membuat apa-apa untuk mempertahankan diri dan
akan membunuh mereka dengan kejam hingga Rusia yang kononnya bertindak atas
nama kemanusiaan dan tamadun Kristian akan bertindakbalas terhadap Turki dan
menceroboh Turki’. Apabila saya mengatakan kepada beliau bahawa rancangan ini
adalah yang paling kejam yang boleh saya bayangkan, maka dia dengan tenang
menjawab: ‘Ya ia memang kelihatan begitu (kejam) kepada kamu tetapi orang-orang
Armenia sudah membuat keputusan untuk membebaskan diri mereka .
Eropah
sendiri berminat untuk membiarkan kekejaman berlaku di Bulgaria untuk
membolehkan mereka campur tangan membebaskan Bulgaria. Tanpa ragu lagi Eropah
akan mendengar rayuan kami yang merupakan tangisan dan darah berjuta-juta
wanita dan kanak-kanak.”
Bangsa
Armenia telah mendirikan parti Hunchak dalam tahun 1887 di Geneva, Switzerland.
Ia merupakan parti Marxis komunis dan terpengaruh dengan Rusia. Di Istanbul, ia
merekruit sejumalah 700 orang anggota khasnya di kalangan orang-orang Armenia
yang bekerja dengan syarikat-syarikat asing. Dalam tahun 1890, sebuah lagi
parti revolusi Armenia didirikan di Tiflis yang dikenali sebagai Dashnak.
Kedua-dua parti itu telah membunuh beberapa orang Armenia yang bertugas dengan
Khilafah. Pada hari Ahad, 27 Julai 1890, suatu kekecohan berlaku di luar
‘patriarchate’ Armenia di Kumkapi. Sebuah kumpulan revolusi Hunchak yang
kebanyakannya datang dari Caucasus telah mengepung sebuah gereja, mengganggu
Patriach dan membaca manifesto penentangan mereka terhadap Khalifah. Pembunuhan
berlaku selepas itu dan ia merupakan serangan pertama terhadap umat Islam yang
dilakukan oleh orang-orang Kristian di Istanbul sejak tahun 1453. Sesetengah
orang Armenia memang mengharapkan supaya berlaku pembunuhan untuk membolehkan
negara-negara barat campur tangan. Pada 25 Mac 1894, Patriarch sekali lagi
dicederakan oleh sekumpulan pengganas muda Armenia di Kumkapi. Pada 18
September 1895, selepas persiapan yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya
oleh jawatankuasa revolusi Hunchak, sejumlah 2,000 orang Armenia, yang
bersenjatakan pisau dan pistol, berarak dari Kumkapi menuju ke istana sambil melaungkan
‘kebebasan atau kematian!’ dan mereka menyanyikan lagu-lagu revolusi.
Partriarch dipaksa mengikut perarakan itu. Mereka juga menuntut negara-negara
barat campurtangan untuk membantu mereka.
Sebelum
itu pada 10 September 1895, sekumpulan orang Armenia telah menyerang bangsa
Greek di Ortakoy. Beberapa pembunuhan berlaku di bahagian timur. Ini digunakan
oleh negara-negara Barat untuk campurtangan. Duta-duta negara barat menghantar
memorandum bantahan kepada Khalifah.
Pada
26 Ogos 1896, kekejaman berlaku lagi di Istanbul. Anggota-anggota revolusi
Armenia dari parti Dashnak melancarkan satu siri serangan bom yang telah
dirancang dengan rapi di seluruh kota Istanbul khasnya di Galata dan Samatya.
Kejadian paling dramatik berlaku pada pukul 1 petang. 25 orang Armenia yang
menyamar sebagai ‘porter’ merampas salah satu markaz kuasa di Istanbul iaitu
pejabat utama Bank Uthmaniyah di Galata. Ia dipilih oleh orang Armenia kerana
binaannya yang teguh akan membolehkan mereka menangkis sebarang kepungan dan
kedudukannya sebagai pejabat kewangan akan mempastikan mereka mendapat
publisiti meluas di Eropah. Setelah membunuh dua orang pekerja dan mengambil
150 orang pekerja dan pelanggan sebagai tebusan, mereka mengancam akan
meletupkan bank itu kecuali jika permintaan mereka untuk mendapatkan autonomi
di bawah perlindungan Eropah akan dipenuhi.
Edgar
Vincent, gabenor bank itu berjaya melepaskan diri dari pejabatnya yang terletak
di tingkat atas melalui tingkap yang terletak di bumbung bangunan. Selepas
berlaku perundingan yang lama, pengganas-pengganas itu dibenarkan meninggalkan
Istanbul menggunakan kapal layar Vincent. Mereka kemudian menuju ke Marseilles
dengan sebuah bot kedutaan Perancis dan kemudian dilepaskan.
Rusia
juga inginkan minyak yang banyak terdapat di kawasan yang didiami oleh sejumlah
besar penduduk Islam. Salah satu harapan terbaik Rusia untuk menangkis
penguasaan Amerika ke atas minyak dunia ialah dengan menguasai wilayah Baku.
Menjelang tahun 1884, seluruh wilayah Tajikistan (yang majoriti penduduknya adalah
Muslim) telah dirampas oleh Rusia dan ini melengkapkan penaklukan Rusia ke atas
kawasan Asia Tengah yang kebanyakan penduduknya adalah umat Islam dan ini
membolehkannya terus memenuhi permintaan minyaknya sehingga dekad ini. Sebelum
rangkaian paip minyak dibina dalam kurun ke20 ini, minyak sampai ke
bandar-bandar di Levant, Iran dan Asia Tengah melalui karavan unta, kuda dan
kapal. Menjelang 1903, wilayah Baku membekalkan separuh dari bekalan minyak
dunia dan di sinilah syarikat Nobel Brothers Petroleum memodenkan prinsip
penyulingan yang sebenarnya telah direka lebih awal dalam dunia Islam.
Britain
telah memutuskan untuk mengunakan polisi luarnya yang terpenting, “Pecah dan
Perintah” (Divide and Rule). Ia mengapikan semangat nasionalisme dengan menyokong
kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda. Apabila Turki Muda dan
Arab Muda menjadi kuat di dalam Daulah Islam Uthmaniah, Britain tidak perlu
berbuat apa-apa lagi, Turki Muda akan melakukan seterusnya. Mereka memulakan
arus kebangsaan dan prasangka di kalangan warga Turki di dalam Daulah Islamiah.
Sebagai tindakbalasnya bangsa Arab, Armenia, Kurd dan bangsa-bangsa lain
membina jenama kebangsaan mereka sendiri. Masyarakat mula merasai bahawa mereka
adalah sebahagian daripada bangsa mereka dan bukan sebahagian daripada warga
Negara Islam. Contohnya ,seorang bangsa Inggeris dalam tahun 1880 mengatakan
tentang kenyataan seorang bangsa Arab yang mengatakan, ‘sikap tidak puas hati
terdapat di kalangan orang-orang Arab di semua wilayah Khilafah Utsmaniyah.
Beliau mengisytiharkan bahawa mereka bersedia untuk membebaskan diri mereka
jika mereka mendapat bantuan daripada England… semua orang Islam yang tulen
menganggap Sharif Makkah (agen Britain) sebagai pemimpin mereka.’ (h. 324,
Constantinople) Ini merupakan detik-detik berakhirnya Negara Islam.
Lieutenant-Jeneral
Sir John Glubb yang juga digelar ‘Glubb Pasha’ yang memimpin ‘Arab Legion’ dari
tahun 1938 hingga 1956 sendiri mengakui peranan nasionalisme dalam
menghancurkan Khilafah. Dalam bukunya “The Changing Scenes of Life-An
Autobiography: Sir John Glubb’, terbitan Quartet Books, halaman 54, beliau
mengatakan, “Nationalisme adalah satu kecelakaan yang dibawa masuk dari Eropah.
Khilafah Utsmaniyah telah memerintah berbagai bangsa selama beberapa kurun
lamanya tanpa berat sebelah (kepada mana-mana bangsa). Kaum-kaum di Euphrates
(Iraq) tidak mempunyai sentimen
nasionalisme – bangsa Turki atau Arab semuanya pada pandangan mereka.”
Negara-negara
Barat membuat perancangan yang rapi untuk memusnahkan Khilafah. Sebagai
contohnya dalam telegram yang dihantar oleh duta Rusia di London kepada menteri
luar negeri Rusia dalam tahun 1915 berbunyi, ” Pemerintah Itali menyokong
pendapat pemerintah Rusia tentang pentingnya memisahkan pemerintahan Islam yang
akan diwujudkan di Hijaz (Arab Saudi pada hari ini) dari Khilafah dan
meletakkannya di bawah penguasaan mutlak Britain. Pemerintah Itali menyokong
penuh usaha untuk merampas Khilafah dari orang-orang Turki dan menghapuskannya
jika perlu.”
Dalam
Perang Dunia Pertama, Negara-negara Arab berpakat dengan British dan Perancis
menentang Daulah Islam Uthmaniah. Mereka kemudiannya dikhianati oleh Britain
dan Perancis dan kemudiannya ditakluki.
Negara-negara
Barat juga meracuni pemikiran umat Islam supaya memberontak terhadap Khilafah
dan menimbulkan keraguan tentang keupayaan (potensi) Islam dalam menangani
berbagai masalah. Di antara pemikir-pemikir yang berjaya mereka racuni ialah
Ziya Gokalp (1875-1924) iaitu seorang pemikir Turki. Bapa saudaranya banyak mendidik beliau dalam berbagai bahasa
iaitu Turki, Arab dan Farsi disamping
mengajarnya ilmu-ilmu yang lain. Di sepanjang kehidupan beliau, beliau cuba
menanamkan di kalangan umat Islam tentang apa yang dianggap beliau kegagalan
Islam dalam menyelesaikan masalah umat Islam dan beliau merasakan dengan meniru
Barat sahajalah umat Islam dapat keluar dari masalah tersebut. Oleh kerana
beliau dirasakan sebagai ancaman kepada umat Islam, beliau telah di ‘arraigned’
dalam tahun 1897 dan kemudian dibuang ke tempat asalnya di Diyarbakir.
Menjelang
tahun 1908, beliau diiktiraf sebagai seorang penulis liberal yang pro-Barat dan
menjadi pensyarah di kampungnya. Beliau menetap di Istanbul dari tahun 1912
hingga 1919. Ketika tempoh ini, beliau
muncul sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan nasionaslime Turki yang
menggunakan pendekatan Barat. Bapa sekular Turki, Mustafa Kamal kemudian
melibatkan beliau dengan pergerakan nasionalisnya.
No comments:
Post a Comment